BUKU TERKINI

Saturday

RAHSIA KEJAYAAN ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA. NAK TAHU?

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri, Syed Mokhtar tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Usaha gigih Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Apakah rahsia kejayaan beliau? Berikut adalah 30 prinsip yang diamalkannya untuk mencapai kejayaan:

1. Bekerja seperti tiada hari esok

“Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan”.

2. Untuk berjaya tiada jalan singkat
”Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun.
Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.”

Tidak ada jalan singkat.
Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

3. Kenali kekuatan dan kelemahan diri

“Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.”

4. Belajar untuk berjaya

“Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.”

5. Ada kemahuan untuk maju dan berjaya

“Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.”


6. Jika tiada pilihan lain, berusahalah

“Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.”

7. Sabar dan kuat berusaha

“Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.”

8. Hidup umpama roda, kadangkala di atas dan kadangkala tersungkur ke bumi
”Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.”

9. “What you give you will get it back”
”Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. ‘

"
Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain."


10. Bersatulah untuk berjaya

"Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka."

11. Jangan pentingkan diri sendiri

“Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.”

12. Kerja kuat untuk berjaya

“Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.”

13. Jangan malu untuk berjaya

“Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.”

14. Anggaplah kekayaan itu hanya sementara.
Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.”

15. Lakukanlah amal yang baik
Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.”

16. Bijak mencari peluang
Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata. "

17. Yakinlah dan jangan takut dengan diri sendiri
Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.
Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.”

18. Pergantungan kepada Allah s.w.t
Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok.
Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.”

19. Bertanggungjawablah atas apa yang kita lakukan

“Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.”

20. Berkongsilah kejayaan dengan orang ramai

“Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.”

21. Jangan mudah lupa diri

“Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.”

21. Ambil masa untuk mengekalkan kejayaan
Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.”


22. Jangan mudah putus asa
Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.”

23. Tiada yang mustahil
Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.”

24. Gigih, tekun dan tidak mudah berputus asa
Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.”


25. Percayalah! Allah sentiasa memberi peluang kepada orang yang berusaha
Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.”

26. Jangan rosakkkan diri kita dengan kemewahan
Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.”


27. Merendah diri
Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.”

28. Bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan
Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.”

KENAIKAN HARGA MINYAK.....JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT? APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

Sejak kenaikan harga minyak, banyak rompakan bank dan kedai emas berlaku di beberapa buah negeri. Persoalannya di sini adakah kenaikan harga minyak menyebabkan orang semakin tertekan dan membuat keputusan melakukan rompakan?

Pada pendapat saya, kenaikan harga minyak bukanlah faktor utama seseorang itu melakukan jenayah. Orang yang melakukan jenayah menghadapi masalah untuk berhadapan dengan diri mereka sendiri. Mereka mempunyai masalah spiritual dan emosi. Mereka tidak tahu cara untuk mengawal dan mengendalikan diri mereka apabila berhadapan dengan kesukaran dan kesusahan.

Melalui pemerhatian dan soal selidik saya mendapati bahawa orang-orang yang tertekan dengan kehidupan akan berfikir seperti berikut:

1- Cabaran dan kesusahan akan memburukkan lagi kehidupan mereka.

2- Merasakan kehidupan mereka sudah tidak lagi seimbang kerana kesan ekonomi yang semakin meruncing.

3- Mempunyai perasaan takut yang tidak berasas kerana memikirkan akibat buruk yang akan menimpa mereka

Apa yang perlu kita lakukan apabila tertekan atau berhadapan dengan sesuatu perkara yang genting?

  1. Kehidupan merupakan satu perjuangan.Justeru perjuangan memerlukan persiapan menghadapi berbagai cabaran.Hadapilah setiap cabaran mengikut teknik yang sesuai berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman.
  2. Seimbangkan kehidupan.Setiap ibu bapa merasakan mereka tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak hingga timbul perasaan bersalah.Perkara ini tetap akan menghantui anda samada anda bekerja 12 jam sehari ataupun sebaliknya berada di sisi mereka sepanjang hari.Setiap kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap berabagai pihak seperti Allah s.w.t, keluarga, sahabat seislam dan diri sendiri.Jadi jadikan satu ‘mind set’ untuk membuat yang terbaik pada setiap pihak itu.
  3. Jauhi dari perasaan takut yang tidak berasas.Kimberly Thompson dari Harvard School of Public Health mencadangkan supaya kita berfikir positif terhadap sesuatu fenomena penyakit yang menimpa sestengah individu.Kita seharusnya berfikir penyakit itu hanya menimpa sebahagian manusia.Selebihnya iaitu majoriti masih terselamat.Jadi letakkan dalam fikiran kita bahawa kita tergolong dalam kategori yang ramai yang selamat bukannya segelintir yang ditimpa ujian tersebut.
  4. Tiada siapa yang sempurna.Kata Myrna dalam kajiannya : “ People aim to encourage others to aim high.And to a certain extent, that’s fine.But recent advertising studies confirm that people prefer images of themselves that reflect reality.We’ve become wary of a fantasy life and are shrewd enough to know that in reality the fantasy is often liposuctioned, implanted, lifted, tightened and Botoxed. The bottomline ? The people important to you- the ones who are in life – already like the way you look.

NAK BAHAGIA? IKUTILAH TIPS INI



Menurut Dr. Ismail Tambi di dalam bukunya Terapi Perkahwinan, untuk mengukuhkan rumah tangga suami dan isteri perlulah mengamalkan perkara-perkara berikut:

1- Menerima pasangan seadanya

2- Berikan ruang kepada pasangan

3- Kesanggupan meluangkan masa bersama

4- Menjadi seorang pendengar yang baik

5- Memberikan penghargaan dan pujian kepada pasangan

6- Katakan ‘ya’ lebih kerap dari ‘tidak’

7- Letakkan kepercayaan kepada pasangan

Selain itu juga suami dan isteri perlulah menjadi seorang pasangan yang baik. Antara ciri-ciri pasangan yang baik adalah:

1- Menjadi pasangan yang realistik dan bukan hipokrit

2- Sentiasa berterus terang dengan pasangan

3- Melakukan aktiviti harian bersama

4- Saling faham memahami dan bertolak ansur

5- Menunjukkan ‘cinta’ untuk pasangan

6- Hormat menghormati antara satu sama lain

7- Melupakan peristiwa hitam yang lalu

8- Membuang sikap cemburu

9- Menunjukkan komitmen kepada pasangan

10- Jujur kepada pasangan

AWAS! SYAITAN SEDANG MENGGODA ANDA….



Terdapat sepuluh cara supaya kita dapat menjawab godaan syaitan yang selalu ingin menjerumuskan kita ke jurang neraka. Cara praktikal untuk mengusir iblis dan bala tenteranya itu adalah berdasarkan nasihat seorang ulamak seperti berikut:

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Anakmu mati," katakan kepadanya: Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup akan mati, dan anakku akan masuk ke dalam syurga, insyaallah. “

2. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Hartamu musnah," katakan kepadanya : "Segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan telah menetapkan ke atasku kewajipan mengeluarkan zakat."

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi orang lain." Maka katakan kepadanya : "Seksaan akan menimpa kepada orang-orang yang melakukan kezaliman dan tidak akan menimpa kepada orang-orang yang melakukan kebajikan (Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Betapa banyak kebaikanmu," dengan tujuan untuk menjadikan anda rasa bangga diri(Ujub). Maka katakan kepadanya: "Dosa-dosaku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata:"Alangkah banyaknya solat yang kamu lakukan". Maka katakan : "Kelalaianku lebih banyak jika dibandingkan dengan solatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata: "Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan". Maka katakan kepadanya: "Apa yang aku terima dari Allah jauh lebih banyak dari apa yang aku sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya : "Orang-orang yang ku zalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak amalmu". Maka katakan kepadanya: "Betapa banyaknya maksiat yang telah aku lakukan".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Minumlah minuman-minuman keras!". Maka katakan : "Aku tidak akan melakukan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Mengapa kamu tidak mencintai dunia?". Maka katakan: "Aku tidak mencintainya kerana telah banyak orang lain yang tertipu dengannya".

Mengetahui langkah-langkah syaitan untuk menyesatkan manusia:
1. Menjadikan manusia lupa dan lalai.
2. Mengheret manusia secara perlahan-lahan menuju ke arah kebinasaan.
3. Menimbulkan perasaan was-was dalam hati manusia.
4. Menakutkan-nakutkan manusia.
5. Memanjangkan angan-angan manusia.
6. Menggoda manusia agar melakukan maksiat.

Cara syaitan menggoda manusia:

  • Sering menimbulkan was-was dalam hati manusia terutamanya dalam soal ibadat.
  • Sering menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu helah dan janji-janji kosong yang akhirnya memesongkan manusia.
  • Mendorong dan menghasut manusia mengubah keadaan semulajadi manusia seperti pertukaran jantina.
  • Menghasut manusia agar syirik kepada Allah s.w.t.
  • Membawa manusia ke arah kemungkaran dan kemaksiatan.
  • Menakutkan manusia dengan kemiskinan jika mereka sentiasa bersedekah.

ANDA MALU?

Dari Abu Mas'ud, 'Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badriy RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama adalah: "Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu sukai" (Riwayat Al Bukhari)

Huraian Hadis:

  • Malu itu bererti menghindarkan diri daripada melakukan segala perbuatan yang tercela, serta enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.
  • Sifat malu itu juga adalah warisan para nabi-nabi, oleh itu wajiblah kita berpegang teguh dengan sifat malu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia.
  • 'Maka buatlah apa yang kamu suka' bermaksud apabila sifat malu telah dicabut dari manusia, maka manusia akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.

Malu itu terbahagi kepada dua bahagian :

  1. Malu secara fitrah – sifat malu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia, di mana manusia itu sendiri akan menjauhkan dirinya dari melakukan segala kemaksiatan dan keburukan
  2. Malu yang diusahakan – sifat malu yang dicapai melalui makrifat kepada Allah SWT; mengetahui dan menyedari akan keagunganNya yang sememangnya Maha Mengetahui terhadap apa jua yang tersembunyi di dalam hati
  • Jika jiwa seseorang itu kosong dari sifat malu yang boleh diperolehi melalui usaha dan hatinya juga kosong dari sifat malu yang bersifat fitrah, maka tidak ada satu perkara pun yang mampu menghalangnya dari melakukan perkara-perkara kejahatan dan yang membawa kehinaan.
  • Sifat malu yang bukan pada tempatnya juga adalah merupakan satu akhlak yang tercela, seperti malu hendak berkerja keras mencari rezeki yang halal, malu bertanya di majlis ilmu, malu hendak mengeluarkan pendapat di dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kesimpulan Hadis:

  • Hasil dari adanya sifat malu itu membawa kepada kebersihan diri dari perkara-perkara yang haram. Sesiapa yang memiliki sifat malu itu sehingga menjadi kebiasaan dalam kesemua tindak-tanduknya, maka seseorang itu adalah individu yang bersih secara semula jadi, dan bukannya secara ikhtiar.
  • Lawan kepada sifat malu itu adalah sifat tidak malu, dan ini merupakan satu sifat tercela yang akan menjerumuskan seseorang ke jurang keburukan dan tidak mempedulikan celaan dan cacian dari tindak-tanduknya, sehingga sanggup melakukan kejahatan secara terang-terangan.
  • Sebahagian dari manusia itu ada yang merasa takut dengan hukuman, tetapi tidak pula merasa malu untuk melakukan kejahatan, dan ini adalah kerana disebabkan sifat malu secara fitrah yang telah dicabut dari dirinya.

CARA MENGELAKKAN DARIPADA TERJADINYA KONFLIK


Adalakah anda selalu berhadapan dengan konflik bersama pasangan anda? Sedangkan lidah lagi tergitih apatah lagi suami isteri. Sebelum berlakunya sesuatu konflik, adalah baik untuk kita mencegahnya. Prevention is better than cure. Antara cara-cara untuk mengelak konflik adalah seperti berikut:

a. Jangan berburuk sangka dengan pasangan.

b. Menerima setiap kelemahan pasangan dengan hati yang terbuka
dan bantu pasangan atasi kekurangan itu.

c. Jangan simpan setiap masalah malahan selesaikanlah dengan
segera sebelum menjadi bertambah teruk.

d. Berbincang dan bersikap terbuka bagi menyelesaikan masalah yang
timbul.

e. Cuba mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar seperti
kaunselor.

f. Cuba mengawal diri daripada terlalu emosi dalam menyelesaikan
setiap masalah dalam rumahtangga.

g. Mengamalkan teknik komunikasi yang berkesan dalam pergaulan
suami isteri.

JERITKAN T.A.K (Tekad, Azam & Kesungguhan)KEPADA DIRI ANDA


Jadi, mengapakah anda masih lagi mengatakan anda tidak mempunyai tekad, azam dan kesungguhan? Ianya merupakan cara yang salah untuk melindungi diri anda. Apabila kita selalu menafikan kewujudan T.A.K di dalam diri kit, kita sebenarnya sedang cuba untuk lari dari tanggungjawab untuk membentuknya.

Pembentukan dan penggunaan T.A.K di dalam diri merupakan kunci untuk ke arah pembentukan motivasi diri. Secara ringkasnya, dengan menafikan kewujudannya, kita sebenarnya sedang memusnahkannya.

Banyak orang yang menyangka bahawa disiplin diri adalah sama dengan hukuman terhadap diri. Dengan memberikan konotasi yang negatif, mereka tidak akan sekali-kali merasa teruja untuk membentuknya. Oleh itu jerit dan ulanglah perkataan T.A.K di dalam diri anda!

AMALKAN KONSEP T.A.K (Tekad, Azam & Kesungguhan)

Sekiranya anda merasakan anda tidak mempunyai tekad, azam dan kesungguhan, anda sebenarnya sedang merendahkan keupayaan anda untuk berjaya. Setiap orang mempunyai tekad dan kesungguhan. Bagi membaca buku ini, anda memerlukan tekad, azam dan kesungguhan untuk menghabiskannya. Langkah pertama untuk membentuk tekad, azam dan kesungguhan anda adalah dengan merasai kewujudan dan kehadirannya di dalam diri anda. Apabila anda mempunyai tekad, azam dan kesungguhan, secara tidak langsung anda sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah.

Sekiranya seseorang meminta anda untuk memberikan ucapan di hadapan 100 orang-orang kenamaan, anda kebiasaannya mengatakan: “Saya tak berapa layaklah nak beri ucapan di hadapan orang-orang kenamaan ni.” Cuba anda nilaikan perkataan ‘tidak berapa layak’ . Perkataan ini sebenarnya menunjukkan di dalam diri anda sebenarnya ada kekuatan untuk memberikan ucapan kepada sesiapa sahaja, sekiranya anda berusaha keras untuk menyampaikannya.

Langkah kedua adalah dengan menyedari bahawa tekad, azam dan kesungguhan tersebut perlu dibentuk oleh diri anda sendiri, bukannya orang lain. Andalah yang bertanggungjawab sama ada untuk menjadikannya kuat atau membiarkan diri anda terus menderita.

Buatlah perjanjian dengan diri anda bahawa anda akan sentiasa mempunyai tekad, azam dan kesungguhan apabila melakukan sesuatu perkara. Tekad, azam dan kesungguhan sebenarnya sentiasa berada di dalam diri anda, dan untuk menjadikannya lebih kuat dan berguna kepada anda, anda sendirilah yang menentukannya.

JADILAH SEPERTI EINSTEIN


Apabila anda melihat potret Albert Einstein, bayangkanlah itu adalah anda.

Setiap orang mempunyai kapasiti untuk menjadi genius. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang ‘gila’ matematik dan fizik untuk mencapai tahap genius di dalam pemikiran anda. Bagi merasai tahap kreativiti Einstein, anda hanya perlu menggunakan imaginasi anda sahaja.

Imaginasi manusia direka untuk perkara-perkara yang baik. Seseorang yang menggunakan imaginasinya untuk melakukan sesuatu, akan mencapai perkara-perkara yang tidak terfikir untuk dicapainya. Orang yang selalu menggunakan imaginasi juga akan mempunyai ciri-ciri orang yang genius. Napoleon pernah berkata: “Imaginasi akan memerintah dunia”. Einstein juga berkata: “Imaginasi adalah lebih penting dari ilmu.” Apabila kita mendengar kata einstein ini mungkin kita tidak memahami apakah yang cuba dimaksudkan kerana apa yang kita tahu ilmu dan pengetahuan adalah perkara yang paling penting di dalam kehidupan. Betul, pengetahuan adalah penting tetapi apa yang kita tidak sedar adalah apa yang kita mahukan adalah aplikasi atau kemahiran dari pengetahuan tersebut. Sebagai contohnya, apabila kita mempelajari teori-teori pembuatan kereta, apa yang kita mahukan adalah cara, teknik dan kemahiran tersebut. Penghasilan kereta tersebut memerlukan imaginasi kita untuk merealisasikannya.

Oleh itu, untuk merealisasikan segala impian, kita perlu untuk mempertingkatkan kuasa imaginasi. Imaginasi adalah salah satu langkah untuk membentuk masa depan kita. Ia memberikan keyakinan, kesabaran dan keghairahan untuk melakukan sesuatu.

GUNAKAN BAHAN KIMIA YANG BETUL...SERONOK KE JADI PENAGIH?


Apa yang dimaksudkan dengan bahan kimia di sini bukanlah dadah ataupun pil ekstasi. Sebaliknya, bahan kimia yang dimaksudkan adalah kekuatan dalaman yang dimasukkan ke dalam sistem badan kita untuk menjadikan kita lebih gembira dan proaktif semasa kita bekerja, belajar dan sebagainya. Apabila kita berasa gembira, kimia badan akan berubah dan memberikan gelombang atau aura motivasi dan kekuatan.

Anda tidak perlu untuk keluar rumah bagi mencari keseronokan dan kegembiraan. Keseronokan dan kegembiraan tidak berada di luar rumah, sebaliknya ia datang dari dalam diri anda sendiri. Peluang untuk bergembira dan berseronok terdapat di dalam sistem tenaga anda iaitu gabungan antara hati dan minda (EQ dan IQ).

Orang-orang yang mengambil pil ekstasi selalu merasakan keseronokan dan kegembiraan itu adalah dari ekstasi tersebut. Sebenarnya kapasiti kegembiraan dan keseronokan telah berada di dalam diri mereka. Mengambil dadah untuk berseronok dan bergembira bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya ianya mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Jamal Abdilah, seorang bekas penagih dadah dan seorang penyanyi telah mendapati kehidupan lebih menarik dan menggembirakan setelah pulih dari penagihan dadah. Dia berkata: “Tidak ada apa-apa perasaan yang dirasai ketika mengambil dadah, perasaan yang kita ingini boleh kita dapati tanpa mengambil dadah.”

Memberikan komitmen kepada diri anda untuk mencari suara hati anda memerlukan anda untuk mengekalkan motivasi. Mulakanlah untuk mencari kesan suara hati anda kepada perasaan dan tenaga untuk belajar, bekerja, bersukan, dan beribadah. Kemudian, apabila anda telah menemui kegembiraan di dalam aktiviti yang anda lakukan maka carilah jalan untuk mengekalkannya. Sekali anda telah melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan, anda sebenarnya telah menyelesaikan masalah anda untuk melangkah ke gerbang kejayaan.

GELECEKLAH DENGAN SEBELAH KAKI LAGI


Sekiranya anda pernah menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak, sudah pasti anda tahu bahawa kebanyakan mereka mempunyai kecenderungan untuk menyepak dan menggelecek dengan menggunakan hanya sebelah kaki sahaja (iaitu kaki yang selalu mereka gunakan untuk menyepak bola).

Saya masih ingat lagi jurulatih bola sepak saya yang menyedari bahawa saya hanya menggelecek dengan menggunakan sebelah kaki. Dia memanggil saya dan berkata: “Kamu selalu sepak dengan hanya menggunakan sebelah kaki, dan pertahanan lawan akan mudah membaca pergerakan kamu dan merampas bola yang sedang kamu bawa. Kamu haruslah menyepak dan menggelecek dengan menggunakan sebelah kaki lagi. Jadi bola tak akan dirampas dari kamu.”

Pada ketika itu saya bangun dan berkata: “Saya tidak boleh.”. Jurulatih saya tersenyum sambil berkata: “Apa maksud kamu tidak boleh.” Kemudian saya menunjukkan kepadanya apabila saya menyepak dengan menggunakan kaki kiri, bola tidak dapat ditendang dengan baik. Saya merasakan memang saya tidak dapat melakukannya.

Jurulatih saya bangun dan berkata: “Azrul, anda sebenarnya bukan tidak dapat melakukannya, tetapi anda tidak pernah melakukannya.” Kemudian dia menjelaskan kepada saya bahawa saya gagal menyepak dengan baik ketika menggunakan kaki kiri kerana ianya telah menjadi satu tabiat. Selepas membuat latihan yang cukup dengan menggunakan kaki kiri, saya akhirnya mula mempelajari bahawa kata-kata jurulatih saya itu memang benar.

Tabiat kita banyak mempengaruhi kita. Tabiat yang negatif akan menjadikan kita sentiasa tidak yakin dengan kebolehan diri kita. Berfikir samalah seperti kita menggelecek bola. Kadangkala kita merasakan kita mampu menyepak dengan baik hanya dengan sebelah kaki sahaja dan kadangkala kita berasa yakin untuk menyepak dengan sebelah kaki lagi. Kunci utama sekarang adalah CUNGKIL POTENSI DIRI kita.

Tabiat yang telah lama kita lakukan tidak dapat dilakukan dengan mudah seperti mana kita menggelecek bola dengan sebelah kaki lagi. Sekiranya kita adalah seorang yang pesimis, sistem komputer tubuh badan dan pemikiran akan sentiasa mengulangi apa yang sering kita lakukan. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan adalah dengan menajamkan gergaji (memantapkan) perkara-perkara berikut:

§ Kecerdasan fizikal

§ Kecerdasan mental

§ Kecerdasan emosi

§ Kecerdasan spiritual

RANCANGLAH KERJA ANDA


Kebanyakan kita berasa tertekan, marah, dan sedih apabila ingin merubah diri. Namun, terdapat satu cara untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan merancang kerja kita. Apabila kita telah mendapat gambaran yang jelas tentang impian kita, merancang kerja merupakan jalan yang terbaik untuk pembentukam diri. Perancangan yang baik akan menghasilkan kekuatan untuk melaksanakan impian yang telah kita tetapkan.

Kadangkala kita tidak meluangkan masa untuk merancang masa depan kita kerana kita tidak memahami bahawa masa yang kita luangkan untuk merancang merupakan masa yang paling produktif. Adalah mustahil untuk kita bekerja dengan penuh keghairahan apabila kita merasa tertekan. Perancangan yang berjaya akan memotivasi diri kita untuk bekerja keras sehinggakan kita tidak dapat menghentikannya.

Thursday

BERFIKIRAN FUTURISTIK


Semasa saya berada di sekolah rendah, guru bahasa Melayu selalu menyuruh saya membuat karangan mengenai impian saya 10 tahun dari sekarang. Semasa saya menyiapkan karangan tersebut, saya tidak pernah memikirkan kenapa guru saya selalu menyuruh saya menggambarkan masa depan saya. Apabila saya mengambil keputusan UPSR dia datang kepada saya dan berkata: “Azrul, banyak orang takut untuk melihat kebenaran apakah yang mereka mampu untuk jadi pada masa hadapan. Jadi, untuk bejaya kita perlu pandang ke hadapan atau berfiran futuristik!” Sekarang saya tahu, memandang ke hadapan akan mengubah kehidupan kita pada masa hadapan.

Berfikir futuristik boleh mendidik kita makna sejarah semalam dan kesan yang sedang ditanggung pada hari ini dan membolehkan remaja merancang untuk kebaikan dan kecemerlangan hari depan. Sejarah semalam bagi kita adalah sejarah kejayaan dan kegagalan.

Kejayaan harus ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang. Kegagalan mesti diatasi secara sedar dan bijaksana. Maka barulah hari ini dan esok berlalu dalam arah yang jelas. Ramai orang dewasa menyesal pada hari esok kerana tidak belajar daripada kesilapan semalam dan terus melakukan kesilapan pada hari ini hingga menyebabkan nasi sudah menjadi bubur dan akhirnya menanggung beban hidup yang berpanjangan akibat lalai dan lupa terhadap diri pada masa yang lalu.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan sekiranya diketahui esok adalah hari kiamat dan pada tangan terdapat sebiji benih, maka tanamkan biji benih itu supaya ia hidup dan subur. Pesan Nabi Muhammad s.a..w itu melihat secara futuristik tentang janji hidup dan usaha. Baginda juga bertemu dengan para sahabatnya yang sedang melakukan proses pendebungaan kurma lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan wahai sahabat?” Para sahabat menyatakan mereka sedang melakukan usaha dan ikhtiar mencantumkan benih kurma dengan harapan hasilnya baik pada masa depan. Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Kamu lebih tahu urusan duniamu, silakan.” Sifat futuristik dan menghargai keahlian serta kepakaran yang ada di kalangan para sahabat adalah pendirian Nabi Muhammad s.a.w.