Sekiranya anda pernah menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak, sudah pasti anda tahu bahawa kebanyakan mereka mempunyai kecenderungan untuk menyepak dan menggelecek dengan menggunakan hanya sebelah kaki sahaja (iaitu kaki yang selalu mereka gunakan untuk menyepak bola).
Saya masih ingat lagi jurulatih bola sepak saya yang menyedari bahawa saya hanya menggelecek dengan menggunakan sebelah kaki. Dia memanggil saya dan berkata: “Kamu selalu sepak dengan hanya menggunakan sebelah kaki, dan pertahanan lawan akan mudah membaca pergerakan kamu dan merampas bola yang sedang kamu bawa. Kamu haruslah menyepak dan menggelecek dengan menggunakan sebelah kaki lagi. Jadi bola tak akan dirampas dari kamu.”
Pada ketika itu saya bangun dan berkata: “Saya tidak boleh.”. Jurulatih saya tersenyum sambil berkata: “Apa maksud kamu tidak boleh.” Kemudian saya menunjukkan kepadanya apabila saya menyepak dengan menggunakan kaki kiri, bola tidak dapat ditendang dengan baik. Saya merasakan memang saya tidak dapat melakukannya.
Jurulatih saya bangun dan berkata: “Azrul, anda sebenarnya bukan tidak dapat melakukannya, tetapi anda tidak pernah melakukannya.” Kemudian dia menjelaskan kepada saya bahawa saya gagal menyepak dengan baik ketika menggunakan kaki kiri kerana ianya telah menjadi satu tabiat. Selepas membuat latihan yang cukup dengan menggunakan kaki kiri, saya akhirnya mula mempelajari bahawa kata-kata jurulatih saya itu memang benar.
Tabiat kita banyak mempengaruhi kita. Tabiat yang negatif akan menjadikan kita sentiasa tidak yakin dengan kebolehan diri kita. Berfikir samalah seperti kita menggelecek bola. Kadangkala kita merasakan kita mampu menyepak dengan baik hanya dengan sebelah kaki sahaja dan kadangkala kita berasa yakin untuk menyepak dengan sebelah kaki lagi. Kunci utama sekarang adalah CUNGKIL POTENSI DIRI kita.
Tabiat yang telah lama kita lakukan tidak dapat dilakukan dengan mudah seperti mana kita menggelecek bola dengan sebelah kaki lagi. Sekiranya kita adalah seorang yang pesimis, sistem komputer tubuh badan dan pemikiran akan sentiasa mengulangi apa yang sering kita lakukan. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan adalah dengan menajamkan gergaji (memantapkan) perkara-perkara berikut:
§ Kecerdasan fizikal
§ Kecerdasan mental
§ Kecerdasan emosi
§ Kecerdasan spiritual
No comments:
Post a Comment