BUKU TERKINI

Saturday

AMALKAN KONSEP T.A.K (Tekad, Azam & Kesungguhan)

Sekiranya anda merasakan anda tidak mempunyai tekad, azam dan kesungguhan, anda sebenarnya sedang merendahkan keupayaan anda untuk berjaya. Setiap orang mempunyai tekad dan kesungguhan. Bagi membaca buku ini, anda memerlukan tekad, azam dan kesungguhan untuk menghabiskannya. Langkah pertama untuk membentuk tekad, azam dan kesungguhan anda adalah dengan merasai kewujudan dan kehadirannya di dalam diri anda. Apabila anda mempunyai tekad, azam dan kesungguhan, secara tidak langsung anda sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah.

Sekiranya seseorang meminta anda untuk memberikan ucapan di hadapan 100 orang-orang kenamaan, anda kebiasaannya mengatakan: “Saya tak berapa layaklah nak beri ucapan di hadapan orang-orang kenamaan ni.” Cuba anda nilaikan perkataan ‘tidak berapa layak’ . Perkataan ini sebenarnya menunjukkan di dalam diri anda sebenarnya ada kekuatan untuk memberikan ucapan kepada sesiapa sahaja, sekiranya anda berusaha keras untuk menyampaikannya.

Langkah kedua adalah dengan menyedari bahawa tekad, azam dan kesungguhan tersebut perlu dibentuk oleh diri anda sendiri, bukannya orang lain. Andalah yang bertanggungjawab sama ada untuk menjadikannya kuat atau membiarkan diri anda terus menderita.

Buatlah perjanjian dengan diri anda bahawa anda akan sentiasa mempunyai tekad, azam dan kesungguhan apabila melakukan sesuatu perkara. Tekad, azam dan kesungguhan sebenarnya sentiasa berada di dalam diri anda, dan untuk menjadikannya lebih kuat dan berguna kepada anda, anda sendirilah yang menentukannya.

No comments: