BUKU TERKINI

Thursday

UBAHLAH DIRI ANDA SENDIRI

Jangan ubah orang lain. Ianya tidak berkesan. Anda akan membuang masa sekiranya anda mencuba untuk mengubah orang lain.

Kita selalu menghabiskan masa yang banyak untuk mengubah orang lain. Kita rasakan kita mampu untuk mengubah mereka dengan cara yang terbaik dan kita akan berasa gembira sekiranya kita berjaya mengubah mereka.

Bagi orang yang mempunyai anak, mereka selalu berkata kepada anak-anak mereka supaya sentiasa berubah ke arah kebaikan. Kanak-kanak tidak belajar dari apa yang kita katakan, tetapi mereka belajar dari apa yang kita lakukan.

Wednesday

HADIAH BUAT MUSLIMAH

Satu lagi produk terbaru dari telaga biru hasil gabungan tulisan penceramah terkemuka Ustazah Siti Nor Bahyah dan penulis muda Ida Ezyani Othman. Sebuah karya yang ditujukan khas untuk insan yang bergelar muslimah atau wanita. Dapatkannya di pasaran sekarang!

MUHASABAH BERSTRATEGI

Setiap manusia yang ingin berjaya di dunia dan akhirat perlu sentiasa melakukan koreksi diri atau muhasabah diri.Lakukanlah muhasabah terhadap diri anda untuk menilai tahap diri anda. Angka 1 merupakan nilai yang paling rendah sekali, manakala angka 5 merupakan nilai yang tertinggi.

PERNYATAAN

NILAI

1-Saya selalu berusaha untuk memperbaiki hunbungan saya dengan Tuhan dan orang lain.

1 2 3 4 5

2- Saya mempunyai tujuan-tujuan yang jelas sama ada untuk diri saya atau pekerjaan dan pelajaran.

1 2 3 4 5

3- Saya memiliki strategi-strategi untuk melaksanakan matlamat saya.

1 2 3 4 5

4- Saya menyusun kehidupan saya mengikut prioriti (Mendahulukan perkara yang penting dan segera)

1 2 3 4 5

5- Saya mempunyai kemampuan untuk fokus di dalam setiap perkara yang saya lakukan.

1 2 3 4 5

6- Saya menyusun masa saya dengan efektif dan teratur

1 2 3 4 5

7- Saya berjaya menguasai diri saya daripada sentiasa menurut hawa nafsu.

1 2 3 4 5

8- Saya berjaya untuk mempengaruhi dan meyakinkan orang lain.

1 2 3 4 5

9-Saya selalu berfikiran positif, menghargai orang lain dan berbaik sangka kepada mereka.

1 2 3 4 5

10- Saya berfikir, bekerja, dan hidup secara seimbang

1 2 3 4 5

11- Saya tidak pernah putus asa apabila mengalami kegagalan.

1 2 3 4 5

12- Saya selalu bermuhasabah untuk meningkatkan kualiti diri saya

1 2 3 4 5


Bagaimana dengan prestasi diri anda? Jika kebanyakan jawapannya adalah 1 dan 2, tingkatkan usaha dan bekerja keraslah untuk memajukan diri anda.

Tuesday

MUHAMMAD BIN ABDULLAH SUMBER MOTIVASI

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa.


2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda:

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".


3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat.

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

YANG TERBARU DARI TELAGA BIRU

Dapatkan produk terbaru dari Telaga Biru Sdn. Bhd. Semoga dengan kehadiran majalah ini akan mendidik masyarakat dan menyemarakkan lagi syiar Islam.