BUKU TERKINI

Saturday

JADILAH SEPERTI EINSTEIN


Apabila anda melihat potret Albert Einstein, bayangkanlah itu adalah anda.

Setiap orang mempunyai kapasiti untuk menjadi genius. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang ‘gila’ matematik dan fizik untuk mencapai tahap genius di dalam pemikiran anda. Bagi merasai tahap kreativiti Einstein, anda hanya perlu menggunakan imaginasi anda sahaja.

Imaginasi manusia direka untuk perkara-perkara yang baik. Seseorang yang menggunakan imaginasinya untuk melakukan sesuatu, akan mencapai perkara-perkara yang tidak terfikir untuk dicapainya. Orang yang selalu menggunakan imaginasi juga akan mempunyai ciri-ciri orang yang genius. Napoleon pernah berkata: “Imaginasi akan memerintah dunia”. Einstein juga berkata: “Imaginasi adalah lebih penting dari ilmu.” Apabila kita mendengar kata einstein ini mungkin kita tidak memahami apakah yang cuba dimaksudkan kerana apa yang kita tahu ilmu dan pengetahuan adalah perkara yang paling penting di dalam kehidupan. Betul, pengetahuan adalah penting tetapi apa yang kita tidak sedar adalah apa yang kita mahukan adalah aplikasi atau kemahiran dari pengetahuan tersebut. Sebagai contohnya, apabila kita mempelajari teori-teori pembuatan kereta, apa yang kita mahukan adalah cara, teknik dan kemahiran tersebut. Penghasilan kereta tersebut memerlukan imaginasi kita untuk merealisasikannya.

Oleh itu, untuk merealisasikan segala impian, kita perlu untuk mempertingkatkan kuasa imaginasi. Imaginasi adalah salah satu langkah untuk membentuk masa depan kita. Ia memberikan keyakinan, kesabaran dan keghairahan untuk melakukan sesuatu.

No comments: