BUKU TERKINI
Saturday
TUGASAN HARIAN.....RANCANG! PERLU LEBIH FOKUS & KOMITMEN!
Sistem pembelajaran di UM amat berbeza dengan sistem pembelajaran di UIA. Antara perbezaan yang ketara adalah:
1- Suasana pembelajaran yang lebih relaks dan interaktif
2- Perbezaan agama, bangsa, dan budaya di kalangan pelajar & pensyarah
Semester ini saya mengambil subjek:
1-Teori Kurikulum & Perancangan (Thanks Prof Madya Dr. Wan Hasmah for your advise)
2-Teknologi, Pedagogi & Kurikulum (Walaupun tak bertemu mata dengan Prof Dr. Raja Maznah, namun saya enjoy belajar secara online)
3-Teori Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan.
Banyak input baru yang saya perolehi dari pensyarah saya Prof Dr. Siow Heng Loke (thanks Prof).
Penyelidikan di peringkat PHD amat memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi berbanding dengan penyelidikan untuk master. Setiap metodologi yang diambil perlu disokong oleh teori-teori yang berkaitan.Ketika mendengar penjelasan dari Prof, sudah tergambar liku-liku yang perlu saya lalui selepas ini. Semasa pulang dari kelas semalam saya terfikir sejenak, bagaimana untuk membahagikan masa untuk diri, keluarga, kerja, ceramah, program motivasi, penulisan buku & artikel, serta penyelidikan untuk PHD. Namun saya yakin sekiranya kita berjaya untuk merancang, kita sedang merancang untuk berjaya. Selepas ini saya perlu rancang aktiviti harian saya dengan baik serta lebih fokus dan berikan komitmen yang tinggi. Moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen....
Friday
APAKAH TAKRIFAN KEJAYAAN?
Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan?
1-Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof
Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof memberikan takrifan bahawa kejayaan adalah sesuatu usaha yang tidak akan berhenti. Setiap usaha perlulah dilakukan secara berterusan kerana usaha yang dilakukan separuh jalan tidak akan membuahkan hasil.
Bekas Timbalan Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Puan Norliza Abu Zaharin pula mengatakan kejayaan adalah apabila anda telah berjaya mencapaimatlamat yang anda telah tetapkan walaupun ianya kecil. Sebagai contohnya, sekiranya anda berazam untuk menyimpan RM 10 dalam masa seminggu dan anda berjaya melaksanakannya, anda sebenarnya telah BERJAYA! Lihat, kejayaan tidak semestinya sesuatu yang besar.
3- John C. Maxwell
John C. Maxwell pula mengatakan bahawa wang dan kedudukan bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi kegembiraan secara automatik. Beliau memetik kata-kata jutawan Greek, Aristotle Onnassis, yang mengatakan ”Selepas anda berada pada satu tahap, wang menjadi tidak penting lagi.”
4- Lawrence A. Apply
Lawrence A. Apply, bekas presiden Pengurusan Amerika Syarikat pula percaya bahawa apabila mendefinisikan kejayaan, ia mestilah melangkaui aspek kebendaan (materialism).
"Sebagai kesimpulannya, definisi kejayaan begitu subjektif. Penilaian ramai orang dibuat
mengikut piawai yang berbeza-beza. Inilah yang membuatkan kejayaan sukar untuk ditakrifkan dengan tepat. Namun demikian, pengertian kejayaan tiada yang betul dan tiada yang salah. Gambaran kejayaan pula tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain, kerana kita dilahirkan berbeza. Kita adalah individu yang mempunyai keunikan masing-masing. Namun begitu, proses yang dilalui oleh setiap individu untuk mencapai kejayaan adalah sama. Apa yang penting ialah kita mesti jelas apakah maksud kejayaan kepada diri kita dan peranan yang kita mainkan."
Thursday
7 KUNCI KEJAYAAN
1-Komitmen terhadap perkara yang dilakukan
2-Berfikiran terbuka dan mudah menerima pendapat orang lain. Always be positive
3-Mempunyai ketabahan diri
4-Fleksibel dalam segala urusan. Tidak terbatas hanya satu perkara sahaja
5-Percaya pada diri sendiri dan apa yang anda lakukan
6-Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi
7-Keghairahan dalam mengejar kejayaan
Wednesday
KUOTA BIASISWA JPA UNTUK BUKAN BUMIPUTERA. MELAYU PERLU LEBIH BERUSAHA!
Langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan kuota biasiswa bumiputera kepada pelajar bukan bumiputera boleh membantutkan usaha membangunkan masyarakat bumiputera dan memperluaskan lagi jurang ekonomi antara kaum di negara ini.
Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, tindakan itu jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan mendorong perasaan tidak puas hati kaum bumiputera.
“Dengan berkurangnya bilangan pelajar bumiputera yang memperoleh biasiswa JPA, maka semakin luas perbezaan bilangan ahli profesional bumiputera dan bukan bumiputera,” katanya.
Mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat semalam yang mempersoalkan tindakan JPA mengambil kuota biasiswa pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar bukan bumiputera, Abdul Rahman berkata: “Pemberian biasiswa mestilah berasaskan komposisi kaum di negara ini.”
Setiap tahun JPA menawarkan 2,000 biasiswa. Dahulu 90 peratus daripada biasiswa itu diberi kepada pelajar bumiputera, tetapi nisbah itu di bawah skim baru biasiswa JPA yang masih mengekalkan jumlah biasiswa sedia ada kini diturunkan kepada 50 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus kaum-kaum lain.
Menurut Khairy, nisbah pemberian biasiswa kerajaan untuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Seri Paduka mempunyai budi bicara untuk menentukan nisbahnya.
Abdul Rahman yang merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran turut mempersoalkan asas perkiraan JPA sewaktu meningkatkan nisbah biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus.
“Jika komposisi penduduk bumiputera di Malaysia 67 peratus, maka jumlah golongan profesionalnya mestilah 67 peratus juga. Selagi ia tidak tercapai, mereka mestilah dibantu,” tegasnya.
Katanya, pelajar bukan bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak sepatutnya mempersoalkan kenapa mereka tidak mendapat biasiswa JPA.
“Kuota biasiswa itu adalah terhad dan pelajar bukan bumiputera perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut kuota yang terhad berasaskan komposisi kaum masing-masing,” ujar Abdul Rahman.
Orang melayu perlu melihat situasi yang berlaku ini dari sudut yang positif. Melayu perlu bekerja keras untuk bersaing sama tahap dengan bangsa-bangsa yang lain. BANGKIT SEGERA wahai orang-orang Melayu, jangan biarkan diri anda diulit mimpi yang merosakkan.
Tuesday
ADAKAH ANDA "SMART"?
Adakah anda seorang yang 'smart'? "’SMART" adalah satu perkataan akronim yang boleh dihuraikan seperti berikut:
· S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit."
Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.
· M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
· A (Ambil) - Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu, tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. "Bulat tidak akan datang bergolek dan pipih tidak akan datang melayang" tanpa usaha yang gigih.
· R (Risiko) - Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.
· T (Tanggungjawab) - Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan
Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang "SMART" adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.
Monday
BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH SIKAP SUKA BERTANGGUH?
1. Ubah Mindset, Disiplinkan Diri.Segalanya bermula di minda.
Ubah mindset Anda.Jika sekarang anda suka bertangguh, tanamkan keazaman yang tinggi untuk mengubah diri dan anda perlu tahu kenapa anda ingin berubah, misalnya anda mahu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan buktikan pada rakan-rakan anda juga adalah seorang yang rajin berusaha.
Bayangkan diri anda seorang yang sangat berdisiplin di dalam minda, bayangkan seperti ada skrin di depan mata anda dan anda melihat diri anda sedang bekerja dengan penuh disiplin dan tekun. Cuba gambarkan sikap anda yang berdisiplin dan bayangkan juga sikap anda yang tidak berdisiplin dan malas di dalam sebuah skrin. Bezakan antara kedua-dua gambaran tersebut dan tentukan pilihan anda. Sudah pasti anda akan memilih untuk menjadi seorang yang berdiisiplin. Betulkan?Selepas itu bayangkan skrin diri anda yang bertangguh itu semakin mengecil, makin kecil dan terus mengecil. Kemudian, anda ambil lalu mencampakkan skrin gambar tersebut sekuat hati anda, sejauh-jauhnya hingga ianya hilang dari pandangan mata anda. Apa yang anda rasa selepas itu, lebih baik?Kemudian, anda lihat skrin gambar diri anda seorang yang rajin tadi semakin membesar, membesar dan terus membesar. Anda melihat diri anda seorang yang berdisiplin dan tidak ada perkataan "bertangguh" lagi di dalam kamus hidup anda. Ingatlah! Bertangguh hanya merugikan diri anda sendiri.
Jika anda inginkan kejayaan, janganlah bertangguh!
2. Buat Senarai Keutamaan.
Sediakan pen dan buku nota kecil dan catatkan segala kerja-kerja anda. Susun mengikut prioriti kerja mana yang lebih penting.Memori kita tidak dapat mengingat semua perkara sekaligus, jadi pen dan buku nota memainkan peranan penting di sini. Lagipun, ianya murah dan kecil.Bagi anda yang mempunyai PDA ataupun reminder di dalam telefon bimbit, gunakan ia sebaik-baiknya. Buat kerja yang datang dulu pada anda dan yang berada di senarai teratas.Apabila sudah siap, barulah berpindah pada kerja yang lain dan buat sehingga selesai. Anggaplah kerja lain sebagai "gangguan". Di tempat kerja, biasakan diri untuk mencatat semua senarai kerja yang perlu disiapkan hari ini.
Sunday
LOMBONGLAH EMAS TULEN ANDA
Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof di dalam buku mereka ’55 Petua Orang Berjaya’ menyatakan bahawa manusia kadangkala memberi pandangan yang salah terhadap masa. Ini menyebabkan kita mudah terpesong dari matlamat kejayaan yang telah kita tetapkan. Antara anggapan-anggapan tersebut adalah:
Tanggapan salah | Penjelasan |
Jika saudara seorang yang efisien, secara automatik saudara menjadi orang yang efektif | Tidak semestinya kecekapan dapat melahirkan keberkesanan. Kecekapan ialah kemampuan melakukan banyak perkara dalam masa yang sedikit. Sedangkan keberkesanan (efektif) pula ialah kemampuan melakukan sesuatu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan. |
Hanya ada satu cara sahaja melakukan sesuatu kerja | Saudara tidak tahu mungkin ada kaedah yang lebih baik bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berundur seketika dan berfikir sejenak. |
Saudara tidak akan produktif sehinggalah saudara sibuk sepanjang masa | Jika saudara termasuk dalam golongan sebegini, saudara akan dapati setiap masa saudara sibuk dan banyak bekerja, ke sana ke mari, dan tidak habis-habis dengan pelbagai tugasan. Tunggu sekejap. Duduk dan rancang kehidupan saudara setiap hari, supaya saudara akan ’kembali ke pangkal jalan’. |
Kalau hendak kerja itu dibuat dengan sempurna, buatlah sendiri. | Belajar mengagihkan tugas dan mempercayai orang lain melakukan sesuatu perkara. Apabila mereka tidak dapat melakukan sebagaimana yang saudara lakukan, sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba yang terbaik! |
Apabila terlalu berhati-hati menguruskan masa, kehidupan saudara tidak mencabar dan tidak menyeronokkan lagi. | Mereka malas hendak berfikir sejenak, lalu mencipta alasan untuk tidak berfikir. Sebenarnya, apabila saudara menguruskan masa saudara, semakin banyak keseronokan yang saudara alami. |
Hasil yang baik tidak diperoleh kecuali dengan kerja-kerja yang banyak. | Sebenarnya, pencapaian matlamat bergantung kepada kualiti perancangan dan kerja, bukan jumlah kerja yang ditentukan. |