Pada pendapat saya, kenaikan harga minyak bukanlah faktor utama seseorang itu melakukan jenayah. Orang yang melakukan jenayah menghadapi masalah untuk berhadapan dengan diri mereka sendiri. Mereka mempunyai masalah spiritual dan emosi. Mereka tidak tahu cara untuk mengawal dan mengendalikan diri mereka apabila berhadapan dengan kesukaran dan kesusahan.
Melalui pemerhatian dan soal selidik saya mendapati bahawa orang-orang yang tertekan dengan kehidupan akan berfikir seperti berikut:
1- Cabaran dan kesusahan akan memburukkan lagi kehidupan mereka.
2- Merasakan kehidupan mereka sudah tidak lagi seimbang kerana kesan ekonomi yang semakin meruncing.
3- Mempunyai perasaan takut yang tidak berasas kerana memikirkan akibat buruk yang akan menimpa mereka
Apa yang perlu kita lakukan apabila tertekan atau berhadapan dengan sesuatu perkara yang genting?
- Kehidupan merupakan satu perjuangan.Justeru perjuangan memerlukan persiapan menghadapi berbagai cabaran.Hadapilah setiap cabaran mengikut teknik yang sesuai berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman.
- Seimbangkan kehidupan.Setiap ibu bapa merasakan mereka tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak hingga timbul perasaan bersalah.Perkara ini tetap akan menghantui anda samada anda bekerja 12 jam sehari ataupun sebaliknya berada di sisi mereka sepanjang hari.Setiap kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap berabagai pihak seperti Allah s.w.t, keluarga, sahabat seislam dan diri sendiri.Jadi jadikan satu ‘mind set’ untuk membuat yang terbaik pada setiap pihak itu.
- Jauhi dari perasaan takut yang tidak berasas.Kimberly Thompson dari Harvard School of Public Health mencadangkan supaya kita berfikir positif terhadap sesuatu fenomena penyakit yang menimpa sestengah individu.Kita seharusnya berfikir penyakit itu hanya menimpa sebahagian manusia.Selebihnya iaitu majoriti masih terselamat.Jadi letakkan dalam fikiran kita bahawa kita tergolong dalam kategori yang ramai yang selamat bukannya segelintir yang ditimpa ujian tersebut.
- Tiada siapa yang sempurna.Kata Myrna dalam kajiannya : “ People aim to encourage others to aim high.And to a certain extent, that’s fine.But recent advertising studies confirm that people prefer images of themselves that reflect reality.We’ve become wary of a fantasy life and are shrewd enough to know that in reality the fantasy is often liposuctioned, implanted, lifted, tightened and Botoxed. The bottomline ? The people important to you- the ones who are in life – already like the way you look.
No comments:
Post a Comment