BUKU TERKINI

Monday

KEM BAHASA DI SUNGAI CONGKAK

Pada hari Jumaat (29 Ogos 2008) yang lalu saya dijemput untuk memberikan ceramah kepada para peserta Kem Bahasa yang terdiri daripada pelajar SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai cara yang seronok untuk belajar bahasa Arab. Bertemu muka dengan para peserta ini saya dapat melihat kesungguhan dan keazaman mereka untuk mempelajari dan mendalami bahasa ini. Terima kasih kepada saudara Amin kerana sudi menjemput saya. Seronok dapat bekerjasama dengan team RK terutamanya Abang Fadzli, Amin dan Razak. Moga kita dapat meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang. Buat adik-adik SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya doakan kalian semua berjaya. Go!Go!Go!

SALAM RAMADHAN & ALFATIHAH

Ramadhan datang lagi! Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan ibadat di bulan yang pernuh keberkatan ini. Peluang masih terbuka luas untuk kita memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan di atas segala dosa yang dilakukan....SALAM RAMADHAN....

Namun, tatkala kita meraikan kedatangan bulan ini, ada di antara kita yang tidak dapat mengharungi Ramadhan kerana dijemput pulang ke hadrat Ilahi. Semalam saya menerima satu pesanan ringkas dari seorang pelajar yang menyatakan bahawa seorang pelajar saya telah kembali ke rahmatullah. Rasa seperti tidak percaya kerana pada hari Jumaat yang lalu saya bertemu dengan allahyarham (merupakan seorang pelajar yang bijak dan rajin) dan dia tersenyum riang seperti biasa. Namun, Allah lebih menyayanginya. Salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan allahyarham. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Ameen............AL-FATIHAH.

P/s: Kematian pasti datang, sentiasalah muhasabah diri dan mengingati mati agar kita menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.