BUKU TERKINI

Friday

PANDUAN MEMILIH SAHABAT


Sahabat umpama penyuluh yang menerangi kegelapan. Dia ada di mana-mana ketika kita susah dan senang. Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

GELAGAT MANUSIA ….PELBAGAI PERSOALAN..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?

Firman Allah: "Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
Firman Allah: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
Firman Allah: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Ali-Imran : 200)

Allah berfirman lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
Firman Allah: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
Allah berfirman: "... dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12)

Tuesday

LANGKAH UNTUK CEMERLANG DI DALAM KELAS

1-Buat persediaan sebelum kelas: Sebelum kelas bermula tengok dahulu tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam kelas akan datang. Cuba cari makna perkataan yang anda tidak faham. Bacalah seimbas lalu bagi mengetahui isu utama yang akan dibincangkan dalam topik tersebut.

2- Baca doa sebelum kelas bermula: Bacalah doa untuk menerangkan hati anda supaya anda akan dapat memahami pelajaran yang akan diajar dengan baik.

3- Beri perhatian yang sepenuhnya: Apabila anda fokus di dalam kelas, pemahaman anda akan bertambah dan anda akan dapat mengingati apa yang diajar dengan baik.

4- Jadilah seorang yang proaktif: Jangan hanya duduk di atas kerusi dan mendengar apa yang diajar sahaja. Bertanyalah untuk merancakkan pembelajaran di dalam kelas. Sebelum kelas cuba tuliskan soalan-soalan tentang perkara yang anda tidak fahami ketika membuat persediaan belajar.

5- Bandingkan dengan prestasi pelajar lain: Bagaimana tumpuan anda di dalam kelas dan bagaimana pula tumpuan rakan-rakan anda. Jika mereka pasif di dalam kelas, anda patut berasa bangga kerana anda adalah antara yang terbaik. Syabas!

6- Buat nota dan catatan mengenai apa yang anda belajar dan faham: Catatkan isi-isi dan maklumat penting yang disampaikan oleh guru. Berdasarkan catatan tersebut anda boleh mengetahui bahagian-bahagian yang penting dan tidak penting. Anda juga perlu mencatat segala kerja rumah, tugasan dan apa sahaja yang penting.

7- Berikan ganjaran: Berikan ganjaran setiap kali anda telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sebelum, semasa, dan selepas kelas. Contohnya, setiap kali anda bertanyakan soalan dan memberikan penapat di dalam kelas ’hadiahkan’ diri anda dengan sekeping bar coklat yang anda suka. Ehm....sedapnya...

Sunday

TANDA-TANDA ILMU YANG BERMANFAAT

Apakah ilmu yang bermanfaat?

Ilmu yang bermanfaat akan dapat diketahui dengan melihat kepada pemilik ilmu tersebut. Di antara tanda-tandanya adalah:

1-Orang yang bermanfaat ilmunya tidak akan peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hati mereka membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.Imam al-Hasan al-Bashri (wafat th. 110 H) rahimahullaah mengatakan, “Orang yang faqih hanyalah orang yang zuhud terhadap dunia, sangat mengharapkan kehidupan akhirat, mengetahui agamanya, dan rajin dalam beribadah.”

2- Pemilik ilmu yang bermanfaat, apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di hadapan Allah Ta’ala.

3- Ilmu yang bermanfaat mengajak pemiliknya lari dari dunia terutamanya kedudukan dan pujian.

4- Pemilik ilmu ini tidak akan mengaku memiliki ilmu dan tidak berbangga dengannya. Dia juga tidak akan menisbahkan kebodohan kepada seorang pun, kecuali seseorang yang jelas-jelas menyalahi Sunnah dan Ahlus Sunnah. Ia marah kepadanya karena Allah Ta’ala semata, bukan karena peribadinya, dan tidak pula dia bermaksud untuk meninggikan kedudukan dirinya.

SAYA KEMBALI SEMULA

Alhamdulillah....Setelah sekian lama tak kemaskini blog ini akhirnya saya dapat juga menatap laptop dan terus mengemaskinikannya. Saya baru je sembuh dari demam, tapi tongsil saya masih luka bengkak dan luka. Terasa peritnya ketika nak makan. Walaupun masih sakit, perjuangan mesti diteruskan. Banyak kerja-kerja yang tertangguh belum diselesaikan. Saya perlu rancang semula jadual saya. Di sinilah, kebijakan merancang memainkan peranan penting bagi memastikan semua kerja-kerja yang tertangguh dapat diselesaikan. Moga Allah beri saya kekuatan untuk menyelesaikan semua ini. Buat pengunjung-pengunjung blog ini, terima kasih kerana sabar menanti artikel-artikel terbaru dari saya.