
1. Ubah Mindset, Disiplinkan Diri.Segalanya bermula di minda.
Ubah mindset Anda.Jika sekarang anda suka bertangguh, tanamkan keazaman yang tinggi untuk mengubah diri dan anda perlu tahu kenapa anda ingin berubah, misalnya anda mahu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan buktikan pada rakan-rakan anda juga adalah seorang yang rajin berusaha.
Bayangkan diri anda seorang yang sangat berdisiplin di dalam minda, bayangkan seperti ada skrin di depan mata anda dan anda melihat diri anda sedang bekerja dengan penuh disiplin dan tekun. Cuba gambarkan sikap anda yang berdisiplin dan bayangkan juga sikap anda yang tidak berdisiplin dan malas di dalam sebuah skrin. Bezakan antara kedua-dua gambaran tersebut dan

Jika anda inginkan kejayaan, janganlah bertangguh!
2. Buat Senarai Keutamaan.
Sediakan pen dan buku nota kecil dan catatkan segala kerja-kerja anda. Susun mengikut prioriti kerja mana yang lebih penting.Memori kita tidak dapat mengingat semua perkara sekaligus, jadi pen dan buku nota memainkan peranan penting di sini. Lagipun, ianya murah dan kecil.Bagi anda yang mempunyai PDA ataupun reminder di dalam telefon bimbit, gunakan ia sebaik-baiknya. Buat kerja yang datang dulu pada anda dan yang berada di senarai teratas.Apabila sudah siap, barulah berpindah pada kerja yang lain dan buat sehingga selesai. Anggaplah kerja lain sebagai "gangguan". Di tempat kerja, biasakan diri untuk mencatat semua senarai kerja yang perlu disiapkan hari ini.
"Renung-renungkanlah dan selamat beramal" (bak kata Prof Izi)
No comments:
Post a Comment