

Tanggapan salah | Penjelasan |
Jika saudara seorang yang efisien, secara automatik saudara menjadi orang yang efektif | Tidak semestinya kecekapan dapat melahirkan keberkesanan. Kecekapan ialah kemampuan melakukan banyak perkara dalam masa yang sedikit. Sedangkan keberkesanan (efektif) pula ialah kemampuan melakukan sesuatu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan. |
Hanya ada satu cara sahaja melakukan sesuatu kerja | Saudara tidak tahu mungkin ada kaedah yang lebih baik bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berundur seketika dan berfikir sejenak. |
Saudara tidak akan produktif sehinggalah saudara sibuk sepanjang masa | Jika saudara termasuk dalam golongan sebegini, saudara akan dapati setiap masa saudara sibuk dan banyak bekerja, ke sana ke mari, dan tidak habis-habis dengan pelbagai tugasan. Tunggu sekejap. Duduk dan rancang kehidupan saudara setiap hari, supaya saudara akan ’kembali ke pangkal jalan’. |
Kalau hendak kerja itu dibuat dengan sempurna, buatlah sendiri. | Belajar mengagihkan tugas dan mempercayai orang lain melakukan sesuatu perkara. Apabila mereka tidak dapat melakukan sebagaimana yang saudara lakukan, sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba yang terbaik! |
Apabila terlalu berhati-hati menguruskan masa, kehidupan saudara tidak mencabar dan tidak menyeronokkan lagi. | Mereka malas hendak berfikir sejenak, lalu mencipta alasan untuk tidak berfikir. Sebenarnya, apabila saudara menguruskan masa saudara, semakin banyak keseronokan yang saudara alami. |
Hasil yang baik tidak diperoleh kecuali dengan kerja-kerja yang banyak. | Sebenarnya, pencapaian matlamat bergantung kepada kualiti perancangan dan kerja, bukan jumlah kerja yang ditentukan. |
No comments:
Post a Comment