BUKU TERKINI

Friday

APAKAH TAKRIFAN KEJAYAAN?


Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan?


1-Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof

Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof memberikan takrifan bahawa kejayaan adalah sesuatu usaha yang tidak akan berhenti. Setiap usaha perlulah dilakukan secara berterusan kerana usaha yang dilakukan separuh jalan tidak akan membuahkan hasil.


2-Puan Norliza Abu Zaharin

Bekas Timbalan Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Puan Norliza Abu Zaharin pula mengatakan kejayaan adalah apabila anda telah berjaya mencapaimatlamat yang anda telah tetapkan walaupun ianya kecil. Sebagai contohnya, sekiranya anda berazam untuk menyimpan RM 10 dalam masa seminggu dan anda berjaya melaksanakannya, anda sebenarnya telah BERJAYA! Lihat, kejayaan tidak semestinya sesuatu yang besar.


3- John C. Maxwell


John C. Maxwell pula mengatakan bahawa wang dan kedudukan bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi kegembiraan secara automatik. Beliau memetik kata-kata jutawan Greek, Aristotle Onnassis, yang mengatakan ”Selepas anda berada pada satu tahap, wang menjadi tidak penting lagi.”



4- Lawrence A. Apply


Lawrence A. Apply, bekas presiden Pengurusan Amerika Syarikat pula percaya bahawa apabila mendefinisikan kejayaan, ia mestilah melangkaui aspek kebendaan (materialism).



"Sebagai kesimpulannya, definisi kejayaan begitu subjektif. Penilaian ramai orang dibuat
m
engikut piawai yang berbeza-beza. Inilah yang membuatkan kejayaan sukar untuk ditakrifkan dengan tepat. Namun demikian, pengertian kejayaan tiada yang betul dan tiada yang salah. Gambaran kejayaan pula tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain, kerana kita dilahirkan berbeza. Kita adalah individu yang mempunyai keunikan masing-masing. Namun begitu, proses yang dilalui oleh setiap individu untuk mencapai kejayaan adalah sama. Apa yang penting ialah kita mesti jelas apakah maksud kejayaan kepada diri kita dan peranan yang kita mainkan."



"APA PULA TAKRIFAN KEJAYAAN BAGI DIRI ANDA? RENUNG-RENUNGKANLAH"


No comments: