Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira motivasi di tempat kerja, di rumah, kerja pejabat, kerja persatuan, dan apa sahaja; anda memerlukan motivasi. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tak jadi. Bila motivasi kita merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari mana datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku, dan program motivasi? Bacalah tip di bawah ini, dan cubalah mempraktikkannya. Mungkin ia boleh membantu.
1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.
2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.
3. “Kerana saya suka tugasan ini!” boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!
4. “Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!”. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.
5. “Saya memang layak untuk ini!”. Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya!
Apakah lima lagi tip untuk meningkatkan motivasi diri? Mungkin anda boleh kongsikan di sini, dan dalam masa yang sama, saya akan menyambung topik ini dalam episod yang kedua. Tunggu…
No comments:
Post a Comment