BUKU TERKINI

Monday

BAHASA ARAB.......SUSAH KE?


Setiap kali bermula semester saya akan berhadapan dengan pelajar yang berwajah sugul ketika masuk ke dalam kelas. Apabila ditanya mereka memberitahu mereka tidak minat bahasa Arab. Berdasarkan soal selidik saya mendapati antara sebab mereka tidak minat bahasa Arab:
1- Pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah yang mereka rasakan terlalu sukar.
2- Cara pengajaran guru di sekolah yang tidak efektif serta menggunakan cara tradisional.
3- Merasakan kursus yang mereka ambil tidak ada kena mengena dengan bahasa Arab. Contohnya mengambil kursus bahasa Inggeris tetapi perlu belajar bahasa Arab atau mengambil kursus kejuruteraan tetapi perlu belajar bahasa Arab.
4- Memilih universiti lain(yang tidak ada bahasa Arab sebagai subjek wajib) tetapi mendapat tawaran di universiti yang mewajibkan mereka belajar bahasa Arab.
5- Gagal di dalam subjek bahasa Arab ketika PMR dan SPM.

Apa yang mereka rasakan adalah berdasarkan pengalaman 'ngeri' mereka yang lalu. Sebagai pelajar yang cemerlang, seseorang itu akan berhadapan dengan apa jua masalah dan bukan dengan cuba untuk 'escape' dari masalah tersebut. Oleh itu saya mencadangkan kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah di atas supaya:
1- Perbetulkan mind setting. Sentiasa lafazkan bahasa Arab itu senang dan insyaallah ia akan menjadi senang."You are what you are thinking."
2-Menjadikan bahasa Arab sebagai salah satu cara untuk memahami Al-Quran dan As-sunnah
3- Memperbetulkan tanggapan bahawa bahasa Arab hanya boleh dipelajari dengan menggunakan kaedah tradisional. Sebenarnya terdapat banyak laman web dan courseware yang boleh anda gunakan untuk mempelajari bahasa Arab.
4- Memperbetulkan tanggapan bahawa bahasa Arab tidak ada faedahnya. Anda akan menjadi graduan yang berbeza dengan graduan-graduan dari universiti lain kerana anda mempunyai bahasa Arab. Sebagai contohnya graduan di dalam bidang kejuruteraan akan lebih 'laku' di pasaran kerja apabila mereka mempunyai keupayaan untuk bertutur di dalam bahasa Arab. Saya mempunyai ramai kawan di dalam bidang kejuruteraan yang bekerja di Timur Tengah dengan gaji lima angka dan rakan-rakan di dalam bidang bahasa Inggeris yang berkemampuan mengajar bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Apakah kelebihan mereka?BAHASA ARAB.

Sebagai kesimpulannya, bahasa Arab adalah bahasa yang mudah dipelajari. Hanya diri anda yang boleh menjadikan sesuatu itu mudah.Semoga sukses!

1 comment:

Anonymous said...

salam..
trma ksh..sy sedang menjalankan satu kajian tentang minat pelajar sains terhadap bhs arab.sy juga ragu2 bhw adakah mereka mengambil subjek tersebut dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa..
sy hrp sy dpt menjalankan kajian sy dgn segera..