BUKU TERKINI
Sunday
KRISIS EKONOMI 2008: PANDANGAN ISLAM
Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini.
Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam. Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda.
Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah. Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi kefahaman.
Saya ringkaskan begini :-
1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.
2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.
3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan.
Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa. Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:- Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba. Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear.
In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity. This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy. Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.
4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother. Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu.
Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini). Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.
5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.
ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN
Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.? Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza.
Dr Monzer berkata :- Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector. Further, I don’t think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14] Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.
Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.
-Dipetik dari artikel Zaharuddin Abd Rahman-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment