Artikel dipetik dari laman web sifu saya, Ahmad Fadzli Yusof (www.fadzliyusof.com)
Pernah bermain yo yo? Semakin banyak anda membaling yo yo, semakin banyak dia datang kembali bukan? Anda hanya boleh melakukan aksi-aksi hebat semasa bermain yo yo jika anda membaling yo yo itu dengan kuat sehingga ia berpusing di hujung tali.
Begitu juga hidup ini, anda perlulah ‘membaling’ keseronokan dan kegembiraan kepada orang di sekeliling. Anda tidak akan rugi, percayalah. Semakin banyak anda ‘membaling’, semakin banyak ia datang kembali. Dan jika anda hendak melakukan aksi-aksi yo-yo, balinglah ia dengan pantas dan bertenaga, sudah pasti anda akan dapat beraksi dengan begitu hebat sekali!
Robert T. Kiyosaki dan petua untuk kaya
Robert T. Kiyosaki adalah seorang pelabur dan seorang pendidik. Dia telah menulis sebuah buku “Rich Dad, Poor Dad” yang memperolehi jualan jutaan buah di seluruh dunia. Bukunya adalah tentang persepsi terhadap kekayaan dan harta. Antara saranan yang penting yang disebut dalam buku tersebut ialah; “Teach and You Shall Receive” (Ajarlah, dan Anda Akan Menerima).
Kiyosaki menyebut kata-kata daripada bapa angkatnya yang kaya; “Jika kamu inginkan sesuatu, pertamanya kamu mesti memberi”. Kiyosaki percaya kepada ‘prinsip timbal balik’ , iaitu setiap apa yang anda buat akan anda dapat semula. Jika anda mahu duit, berilah duit; maka anda akan dapat duit berganda. Jika mahu jualan meningkat, ajarlah orang lain membuat jualan. Jika anda hendakkan keseronokkan, anda perlu menyeronokkan orang lain! Mudah bukan?
No comments:
Post a Comment