Oleh itu, apabila anda gagal atau berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan takut dan jangan rasa rendah diri yang keterlaluan kerana ketakutan dan rasa rendah diri ini akan menjejaskan motivasi diri anda. Apabila menguruskan kehidupan, anda tidak seharusnya membiarkan fikiran anda menjadi lembab lesu untuk berfikir ke arah kehidupan yang lebih cemerlang. Malas dan takut untuk berfikir ke arah kebaikan akan mendekatkan diri anda kepada kegagalan. Bagi menghilangkan rasa takut, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
1. Cari apa yang anda takuti itu, perincilah dengan jelas.Kemudian cuba untuk kurangkan perasaan tersebut dan sisihlah ia serta fahami dengan betul apa yang sedang anda hadapi.
2. Pelajarilah sebab kenapa anda rasa takut. Cuba tanya orang yang pakar di dalam bidang psikologi.
3. Usahalah untuk mengeluarkan rasa takut itu dari diri anda.
4. Tingkatkan spiritual anda kerana kekuatan spiritual akan menghilangkan rasa takut anda.
5. Gunakanlah kekuatan emosi anda sebaik mungkin untuk melawan dan menghancurkan rasa takut tersebut.
Selain itu juga, duduklah bersendirian dan berseorangan. Cuba tenangkan fikiran anda. Jangan benarkan televisyen atau muzik mengganggu ketenteraman anda. Lihatlah apa yang bakal berlaku! Rasakan anda telah menguasai kesunyian tersebut. Cuba bayangkan anda akan hilang sebentar sahaja lagi. Cubalah.... banyak idea-idea yang hebat akan anda perolehi!
Sesetengah orang bimbang apabila mereka bersendirian. Mereka rasa mereka akan mati sekiranya bersendirian terlalu lama. Sebenarnya, bersendirian dalam tempoh tertentu akan memberi inspirasi kepada diri kita untuk menghasilkan idea-idea yang hebat dan bernas.
Cara yang terbaik untuk memahami erti kehidupan adalah dengan mengasingkan diri buat sementara waktu daripada kesibukan dunia. Seorang pakar psikologi Franz Kafka berkata: “Kamu tidak perlu meninggalkan bilik, duduk semula di hadapan meja dan dengarlah. Jangan sekadar dengar, tetapi tunggulah. Jangan sekadar tunggu tetapi diam dan carilah ketenangan.”
Duduk dalam keadaan diam memberikan peluang untuk anda bercakap dengan diri anda sendiri. Apabila anda duduk bersendirian juga, anda akan mendengar suara hati yang jarang anda dengar. Semakin lama anda meluangkan masa untuk bersendirian, semakin banyak peluang untuk anda lebih bersemangat dan berjaya.
No comments:
Post a Comment