BUKU TERKINI

Friday

MAAF KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI

Saya mohon maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana dah 2 hari saya tak update. Saya mengalami demam panas yang mencecah 40 darjah celcius. Nak mengadap laptop pun tak boleh sebab kepala terlalu pening. Bila sakit ni saya teringat satu sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya: "Ingat lima perkara sebelum lima perkara:.........sihat sebelum sakit." Sama-samalah kita hayati.

InsyaAllah dalam tempoh 2,3 hari lagi saya akan aktif mengupdate blog ni. Kita jumpa nanti!

Tuesday

CARA MENJADI SEORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF

Sambungan.....

Bagaimakah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif? Begini caranya..........
1- Bergantung kepada Allah, memohon perlindungan dariNya dan bertawakkal padaNya

2-Berharap kebaikan akan sentiasa berlaku pada diri anda

3- Menjalani kehidupan dengan tenang dan sederhana

4-Selalu mengingati dan mensyukuri nikmat Allah

5- Memandang dan mencari ciri-ciri positif pada orang lain, bukan mencari kelemahannya. Kemudian cuba aplikasikan sikap positif tersebut.

6- Berakhlak mulia

7- Fokus kepada unsur-unsur positif di dalam kehidupan

8- Jangan biarkan masalah menguasai diri anda, tetapi anda yang menguasai masalah dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

BERFIKIRAN POSITIF MENURUT ISLAM

Semua orang membincangkan dan memperkatakan mengenai "berfikiran positif". Namun, bagaimana caranya untuk menjadi seorang yang berfikiran positif. Mari kita lihat pandangan Islam mengenai perkara ini:
1- Orang yang berfikiran positif akan memindahkan sikap positifnya kepada orang lain. Ini mencerminkan pandangannya terhadap dunia di sekitarnya.
2- Cara orang yang berfikiran positif berfikir mencerminkan secara positif reaksi-reaksinya terhadap orang lain atau pada sesuatu keadaan.
3-Memandang orang lain dengan pandangan yang baik dan positif. Maksudnya, tak pandang negatif pada orang lain.
4- Berfikir dengan cara yang positif atau optimis terhadap sesuatu perkara yang telah atau sedang berlaku. Rasulullah memuji orang-orang yang optimis berdasarkan sabdanya:
"Ya Allah, tidak ada petanda buruk, kecuali tandaMu, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanMu dan tidak ada Tuhan selainMu." (Hadith Riwayat Ahmad)
5-Mentafsirkan sesuatu perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk dengan tafsiran yang positif.

bersambung......

Monday

Lagi Diskusi Tentang Tom Tom Bak

Terima kasih kepada semua yang memberikan respon tentang rancangan Tom Tom Bak. Ada yang memberikan kebaikan, ada yang menyatakan sebab-sebab di’haram’kan rancangan tersebut di rumah mereka. Saya sempat berdiskusi dengan beberapa orang yang tidak suka dengan rancangan ini, dan antara rumusan diskusi tersebut ialah:

1. Rancangan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menanamkan budaya berhibur yang keterlaluan dalam pemikiran kanak-kanak. Budaya hidup tanpa tujuan-melainkan berhibur ini juga biasa disebut sebagai ‘hedonisme’. Sedangkan Allah ada menyebut di dalam al Quran yang bermaksud, “Adakah kamu mengira bahawa hidup ini adalah untuk keseronokan dan permainan?”. Itu adalah tempelak Tuhan kepada hamba yang tidak tahu tujuan asal manusia.ttb_sensasi.jpg

2. Jika dari kanak-kanak lagi asyik disogok dengan menyanyi, mimik penyanyi, tarian gelek, berlawak, cakap lepas, kurang ajar dengan orang tua + berkelakuan tak senonoh + lucah (walaupun sekadar lakonan, tetapi diketawai oleh semua penonton), maka itu bukan mengajar anak tentang kehidupan.

3. Benar, tampil di atas pentas boleh meningkatkan keyakinan diri, tetapi faedah ini hanya untuk orang yang membuat persembahan, BUKAN kepada penonton. Lagipun, keyakinan diri ada konsep yang subjektif. Jika anda membuat persembahan gelek di atas pentas, anda mungkin yakin menari gelek di tempat lain, tetapi belum tentu yakin untuk menjawab soalan guru di dalam kelas, belum tentu yakin berhujah dan berpidato, belum tentu yakin mengutarakan pandangan dalam perbincangan kelas. Kalau yakin gelek punggung, tapi otak dibina- bagaimana hendak membina tamadun negara ini? Dengan anak-anak yang YAKIN DIRI untuk gelek dan menyanyi? Namakan tamadun dunia yang dibina oleh penyanyi, penari dan pelakon? Yunani? Babylon? Greek? Rom? Moghul? Delhi? Ming? Zhou? Aztec? Abbasiyyah? Renaissance?

Semua tamadun dibina dengan daya berfikir yang tajam dan berkualiti.

4. Jika benar pun hendak memberi peluang anak naik ke pentas, kenapa dibiarkan menyanyi lagu-lagu cinta? Memuji kekasih, bentuk tubuh yang seksi, kerinduan yang tidak dapat ditahan, kecewa kerana putus cinta, dan bermacam lagi lagu yang tak patut didengari (apatah dinyanyikan) oleh kanak-kanak. Adakah mereka sudah layak mencari bakal suami dan isteri? Kita nak mereka kawin umur berapa tahun?

Alangkah baiknya jika TTB menapis lagu-lagu. Biarlah mereka menyanyi lagu yang membina motivasi dan minda. Ada ribuan lagu lain yang boleh mereka nyanyi dan membina keyakinan diri. Adakah kita hendak melahirkan generasi yang korup pemikirannya? Kalau tarian tu, zapin dan rodat tiada masalah. Ini sampai tarian gelek erotik dengan lenggok tubuh ala-ala coyote ugly. Apa idea yang kita hendak tanamkan dalam pemikiran anak-anak kita? Menjadi penari gelek itu bagus untuk masa depan yang cemerlang?

5. Kanak-kanak adalah kain putih. Tahap pertimbangan mereka adalah rendah. Mereka mudah menerima idea yang diterima. Semasa persembahan TTB, apabila kanak-kanak cakap merapu, semua penonton tepuk tangan, senyum dan ketawa. Keluarga di rumah juga buat perkara yang sama. Apa maknanya? Itu maknanya ‘pengiktirafan sosial’ yang tinggi. Tepuk tangan dan senyum ialah tanda penerimaan dan perhatian. Kanak-kanak mahu diterima. Mereka inginkan perhatian. Secara mudah, kalau mereka nak perhatian; mereka perlu pandai menyanyi, menari, gelek, merapu, cakap lepas, kurang ajar, dan ala-ala lucah. Mereka tidak perlu fokus dalam kelas, buat latihtubi, menghafal pelajaran, buat kerja rumah, fahami semua aspek dalam bab yang dipelajari, cekap menjawab soalan algebra, ingat proses fotosintesis, tahu falsafah Nebuchadnezzar, dan mereka tidak perlu solat 5 waktu. Ini belum tentu memberikan dan PENGIKTIRAFAN dan PERHATIAN.smarter_than_a_5th_grader.jpg

Ada lagi, tapi akan bersambung kemudian. Sementara tu, anda ada idea tentang persoalan ini?

P/S: Menunggu bilalah lagi ada rancangan yang mengiktiraf, mengkagumi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak yang benar-benar berkualiti, yang layak untuk mendukung tamadun negara. Ada satu rancangan “Are You Smarter Than a 5th Grader?” yang bagi saya baik untuk psikologi anak. Apakah kebaikan rancangan itu? Tunggukan analisa seterusnya…

Kenapa ‘Ban’ Rancangan Tom Tom Bak?

Sekadar ingin menganalisa dan mencari kepastian & pandangan yang lain.

ttb_sensasi.jpg

Tahukah anda, setakat ini, sudah ada beberapa orang yang saya dapati tidak membenarkan anak-anak mereka menonton rancangan Tom Tom Bak di saluran Astro Ceria 611. Rancangan tersebut memang menarik dan menyeronokkan; ada kanak-kanak yang menari gelek ala-ala disko siam, gelek dangdut, menyanyi lagu rock, berbual dan bersembang macam Apek Senario, berlakon watak-watak tertentu, dan bermacam lagi. Memang menarik secara dasarnya. Tetapi, kenapa agaknya ibubapa ’ban’ program ini?

ttb2.jpg

Lebih menakjubkan, ada yang membenarkan anak mereka menonton cerita Ultraman Dyna, tetapi tidak boleh menonton Tom Tom Bak. Kenapa agaknya?

Apa kata anda? Abang Aznil ada idea?

(Foto dan logo daripada portal www.astro.com.my)

(Perbincangan ini dipetik dari www.fadzliyusof.com)

Sunday

WASIAT IBRAHIM ADHAM...SAMA-SAMA KITA APLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN

6 JALAN MENCAPAI KECEMERLANGAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

  1. Pertama, tutuplah pintu kesenangan dan bukalah pintu kesungguhan
  2. Kedua, tutuplah pintu kesombongan dan bukalah pintu kerendahan
  3. Ketiga, tutuplah pintu bersantai dan bukalah pintu perjuangan.
  4. Keempat, tutuplah pintu tidur dan bukalah pintu bangun malam.
  5. Kelima, tutuplah pintu kekayaan dan bukalah pintu kemiskinan.
  6. Keenam, tutuplah pintu khayalan dan bukalah pintu persiapan kematian.