BUKU TERKINI

Saturday

BAGAIMANA NAK BERJAYA?

Jika kejayaan yang anda mahukan, gunakan 5 langkah ini:

1. Set Matlamat

Ambil satu kertas kosong dan tuliskan matlamat Anda di sana. Tetapkan berapa lama tempoh masanya dan fikirkan untuk apa Anda mahu mencapai matlamat tu, adakah semata-mata mahu kan duit untuk diri sendiri, untuk bantu keluarga atau didorong oleh minat.

Selepas tu, fikirkan bila matlamat itu tercapai, tanya diri apa lagi matlamat Anda yang seterusnya. Kejayaan bukan satu titik, tetapi ia adalah perjalanan yang tak berpenghujung. Fokus pada matlamat yang pertama dulu.

2. Mulakan Langkah Pertama

Masih lagi di kertas tadi. Tuliskan di sana bagaimana anda mahu mencapai matlamat tu, apa yang perlu dibuat, di mana nak mula dan apa lagi strategi yang anda boleh buat untuk mencapainya.

Tulis satu persatu strategi Anda. Cari ilmu yang berkaitan dengan cara membaca dan bertanya.

Lepas tu, laksanakan strategi satu persatu. Letakkan prioriti, mana satu yang lebih penting untuk dibuat terlebih dulu.

3. Komitmen

Ambil cermin, atau dapatkan cermin. Kalau boleh, yang agak besar. Berdiri mengadap wajah anda selama 10 minit.

Tatap wajah Anda. Kemudian, katakan.."Mulai saat ini, aku komited untuk mencapai matlamatku, walau dengan apa cara halal sekalipun!"

atau.. tunjuk wajah Anda tu sambil menatapnya lama-lama.. katakan "Kau, hei kau! Kau boleh mencapai apa saja yang kau mahukan! Apa saja!" Ucapkan dengan semangat berkobar-kobar bagaikan Anda bercakap dengan seseorang.

Ucap dengan bersemangat. Genggam tangan yang sebelah lagi dan kalau boleh ulangkan kata-kata tadi semula dengan kuat.

Pastikan ia tidak menggangu orang lain. Lakukan cara ini untuk menaikkan semangat Anda bila Anda dah takde semangat langsung.

4. Konsisten

Bila Anda sudah bermula, jangan putus asa selagi matlamat itu tak tercapai. Dont quit dan jangan cepat mengalah.

Jika Anda GAGAL, fahamilah anda belum gagal, cuma telah menemui cara yang salah. Anda telah diberi pilihan untuk mencuba lagi.

Cuba lagi, lagi dan lagi (aik, Shueq... dah macam iklan bateri Eveready je bunyinya tu )

Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang, tidak berputus asa, tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda.

Anda adalah kapten kapal, dan Minda adalah ibarat anak-anak buah kapal Anda dibawah sana. Mereka amat setia dan setia yang ada pada mereka tak berbelah bagi. Kemana anda mahu berjalan, mereka akan mengikut arahan Anda.

Bahkan mereka bekerja keras untuk sampai ke sana. Oleh sebab mereka dibaahgian bawah kapal, mereka tak nampak ke mana mahu dituju.

Tapi sebagai anak kapal, mereka tetap berdayung, berdayung dan terus berdayung untuk menggerakkan kapal itu. Kapal, diumpamakan sebagai DIRI Anda.

5. Beri Hadiah

Hidup perlu seimbang. Kita ini manusia yang ada hati dan perasaan dan bersifat biologis. Jika Anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan,seharusnya Anda beri hadiah pada diri sendiri.

Hadiah tu mungkin tidur yang lena, Pizza yang enak, Ayam Goreng yang rangup atau senyuman manis kekasih hati Anda. Anda berhak untuk mendapat hadiah ni semua setelah penat bekerja keras. Beri hadiah pada diri sendiri.

Baca dua perenggan akhir ini betul-betul.. kalau boleh, ulang baca..

Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN.

Friday

STEPHEN COVEY'S SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE®

Being effective is learning to do 'that which produces the desired result'. If you want to be extremely successful in business or very happy in life or achieve some large goal, then being effective is doing the things that will bring about the results you are after.
BlockquoteCovey does not claim to have invented the 7 habits, but rather to have discovered them and to have found a simple language for articulating them. In fact, he says that these basic principles of effectiveness may be found in all world religions; and it can be noted that many highly successful people seem to have naturally developed these habits.

Habit 1 - Be Proactive

The first of the 7 Habits is - Be Proactive. It is perhaps a great compliment to Stephen Covey that today, the substance of this first habit is deeply embedded into the management psyche. We are told, in business, that we should be proactive; and broadly what is meant by that is to focus our efforts and attention on the long-term and to think in terms of the long-term consequences of our actions.

Covey contrasts being proactive or having a proactive mentality with being reactive. Reactive people, he says, are those who are resigned to the truth that whatever they do in the present can have no effect on their circumstances. And interestingly, for reactive people, it really is a truth, for whatever we believe in our heart affects our thoughts, words and actions. If we really believe that we can do nothing about our unreasonable boss or the daily events in our lives, then we simply do not make the effort.

Proactive people, on the other hand, simply will not accept that there is nothing that can be done about the unreasonable boss or the events of daily life - they will point out that there are always choices. It is by the decisions we make, our responses to people, events and circumstances that proactive people can and do affect the future. We may have no control over what life throws at us but we always have a choice about how we are to respond.

Now this notion that having a particular attitude of mind (which is really where this habit begins) can make such a huge and positive difference to almost everything we experience in life is foreign to those who have already internalised the opposite habit as a part of their personalities. For some people, the glass is always half-empty and the feeling of melancholy is a pleasant reminder that something is indeed missing. For such people, this habit represents a bitter pill to swallow - but, says Covey, it is also completely liberating.

When we are finally prepared to accept full responsibility for the effects that are manifest in our lives; when we have the strength of character to admit it when we make mistakes (even big ones); when we are completely free to exercise the options available to us in every situation; then it can be said that we have finally internalised this habit. The other six of the habits require that we first work on our basic character by becoming proactive and thereby transforming ourselves into men and women of integrity.

CONTINUE......

HIDUP INI SEPERTI BERMAIN YO YO

Artikel dipetik dari laman web sifu saya, Ahmad Fadzli Yusof (www.fadzliyusof.com)

Pernah bermain yo yo? Semakin banyak anda membaling yo yo, semakin banyak dia datang kembali bukan? Anda hanya boleh melakukan aksi-aksi hebat semasa bermain yo yo jika anda membaling yo yo itu dengan kuat sehingga ia berpusing di hujung tali. ness_yoyo.jpg

Begitu juga hidup ini, anda perlulah ‘membaling’ keseronokan dan kegembiraan kepada orang di sekeliling. Anda tidak akan rugi, percayalah. Semakin banyak anda ‘membaling’, semakin banyak ia datang kembali. Dan jika anda hendak melakukan aksi-aksi yo-yo, balinglah ia dengan pantas dan bertenaga, sudah pasti anda akan dapat beraksi dengan begitu hebat sekali!


Robert T. Kiyosaki dan petua untuk kaya


Robert T. Kiyosaki adalah seorang pelabur dan seorang pendidik. Dia telah menulis sebuah buku “Rich Dad, Poor Dad” yang memperolehi jualan jutaan buah di seluruh dunia. Bukunya adalah tentang persepsi terhadap kekayaan dan harta. Antara saranan yang penting yang disebut dalam buku tersebut ialah; “Teach and You Shall Receive” (Ajarlah, dan Anda Akan Menerima).

Kiyosaki menyebut kata-kata daripada bapa angkatnya yang kaya; “Jika kamu inginkan sesuatu, pertamanya kamu mesti memberi”. Kiyosaki percaya kepada ‘prinsip timbal balik’ , iaitu setiap apa yang anda buat akan anda dapat semula. Jika anda mahu duit, berilah duit; maka anda akan dapat duit berganda. Jika mahu jualan meningkat, ajarlah orang lain membuat jualan. Jika anda hendakkan keseronokkan, anda perlu menyeronokkan orang lain! Mudah bukan?

SIAPA AKU?

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.

Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.

Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin membawa pandangan Dr. Ismail Zin mengenai perkataan SIAPA:-



S
- membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik….

Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.

I – membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.

A – membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ianya tidak diamalkan.

Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

P – membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna

A – membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?

Thursday

KEYAKINAN EMOSI

Seseorang yang mempunyai keyakinan emosi dapat memperlihatkan ciri-ciri berikut:-

1- Mengalami pelbagai jenis emosi dari suasana yang menyedihkan sehinggalah ke satu keadaan yang gembira tanpa membiarkan suasana tersebut mempengaruhi kehidupan dan tindakannya.

2- Dapat memahami keadaan yang berlaku serta pertaliannya dengan perasaan yang dialami.

3-Tidak mudah menyalahkan diri sendiri dan meyerah kalah tetapi memberi harapan ke arah meneruskan segala apa yang dicitakan.

4- Dapat bertindakbalas dengan seseorang dengan mengambil kira sensitiviti dan emosi yang dihadapi.

Kenapa pentingnya keyakinan emosi ini pada diri seseorang. Kelebihan yang akan dinikmati oleh seseorang yang mempunyai keyakinan emosi diantara lain ialah:-

1- Meningkatkan rasa hormat pada diri sendiri (self-respect) serta meningkatkan identiti keperibadian (personal identity) agar sebarang reaksi dan tindakan yang dilakukan berjalan dengan lebih konsisten.

2- Dapat menggunakan daya pemikiran dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat membuat keputusan yang baik tanpa dipengaruhi perasaan yang melulu yang boleh menjejas keputusan atau tindakan tersebut.

3- Berani mengambil risiko, dapat berdikari dalam sesuatu pekerjaan dengan jayanya.

4- Lebih bersifat penyayang, dihormati serta berada dalam keadaan kesihatan yang baik tanpa ada apa-apa tekanan.

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI


Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Kenalpasti kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasila yang akan kita dapat selepas melaksanakan tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Wednesday

TAHNIAH BUAT SUHAIMI & INA


Saya ucapkan tahniah kepada rakan sepelajar saya di Pusat Matrikulasi UIAM suatu ketika dahulu dan rakan seperjuangan di dalam industri nasyid tanah air atas kehadiran cahaya mata Ehmad Hadie Elfardie. Semoga menjadi ayah dan suami yang baik serta bertanggungjawab. Baarakallhu fikum.


p/s: Mie, bilalah kita boleh jumpa dan minum-minum ye?

GAGAL? JANGAN GELABAH DAN CEMAS....DUDUKLAH BERSENDIRIAN SEJENAK

Kegagalan bukanlah perkara yang perlu ditakutkan dan dirisaukan. Bahkan banyak perkara positif yang boleh kita perolehi dari kegagalan.

Oleh itu, apabila anda gagal atau berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan takut dan jangan rasa rendah diri yang keterlaluan kerana ketakutan dan rasa rendah diri ini akan menjejaskan motivasi diri anda. Apabila menguruskan kehidupan, anda tidak seharusnya membiarkan fikiran anda menjadi lembab lesu untuk berfikir ke arah kehidupan yang lebih cemerlang. Malas dan takut untuk berfikir ke arah kebaikan akan mendekatkan diri anda kepada kegagalan. Bagi menghilangkan rasa takut, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

1. Cari apa yang anda takuti itu, perincilah dengan jelas.Kemudian cuba untuk kurangkan perasaan tersebut dan sisihlah ia serta fahami dengan betul apa yang sedang anda hadapi.

2. Pelajarilah sebab kenapa anda rasa takut. Cuba tanya orang yang pakar di dalam bidang psikologi.

3. Usahalah untuk mengeluarkan rasa takut itu dari diri anda.

4. Tingkatkan spiritual anda kerana kekuatan spiritual akan menghilangkan rasa takut anda.

5. Gunakanlah kekuatan emosi anda sebaik mungkin untuk melawan dan menghancurkan rasa takut tersebut.

Selain itu juga, duduklah bersendirian dan berseorangan. Cuba tenangkan fikiran anda. Jangan benarkan televisyen atau muzik mengganggu ketenteraman anda. Lihatlah apa yang bakal berlaku! Rasakan anda telah menguasai kesunyian tersebut. Cuba bayangkan anda akan hilang sebentar sahaja lagi. Cubalah.... banyak idea-idea yang hebat akan anda perolehi!

Sesetengah orang bimbang apabila mereka bersendirian. Mereka rasa mereka akan mati sekiranya bersendirian terlalu lama. Sebenarnya, bersendirian dalam tempoh tertentu akan memberi inspirasi kepada diri kita untuk menghasilkan idea-idea yang hebat dan bernas.

Cara yang terbaik untuk memahami erti kehidupan adalah dengan mengasingkan diri buat sementara waktu daripada kesibukan dunia. Seorang pakar psikologi Franz Kafka berkata: “Kamu tidak perlu meninggalkan bilik, duduk semula di hadapan meja dan dengarlah. Jangan sekadar dengar, tetapi tunggulah. Jangan sekadar tunggu tetapi diam dan carilah ketenangan.”

Duduk dalam keadaan diam memberikan peluang untuk anda bercakap dengan diri anda sendiri. Apabila anda duduk bersendirian juga, anda akan mendengar suara hati yang jarang anda dengar. Semakin lama anda meluangkan masa untuk bersendirian, semakin banyak peluang untuk anda lebih bersemangat dan berjaya.

Manakala sebagai seorang muslim pula, terapi yang boleh kita amalkan ketika berhadapan dengan kegagalan adalah melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran serta mengamalkan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. "Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Tuesday

PENGUMUMAN!!

Quranic Language Department (Jabatan Bahasa Al-Quran) UIAM sedang dalam proses membina laman web sendiri. Insyaallah Laman Web tersebut akan mula beroperasi awal bulan Ogos 2008. Buat sementara waktu ini pelajar-pelajar yang mengambil subjek LQM1061, LQM1062 dan LQM1124 boleh memuat turun nota dan latihan dari blog ini. Caranya adalah:

1- Pergi ke 'Muat Turun'
2- Klik pada 'Nota & Latihan Bahasa Arab'
3- Pilih Kod Subjek anda
4- Muat turun.

"Bergembira bersama Bahasa Arab"

SELAMAT MENCUBA!

Monday

TINGKATKAN MOTIVASI ANDA

Artikel dipetik dari www.fadzliyusof.com

Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira motivasi di tempat kerja, di rumah, kerja pejabat, kerja persatuan, dan apa sahaja; anda memerlukan motivasi. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tak jadi. Bila motivasi kita merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari mana datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku, dan program motivasi? Bacalah tip di bawah ini, dan cubalah mempraktikkannya. Mungkin ia boleh membantu.

sq-mi2-bike-flames-pmt.jpg1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.

2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

3. “Kerana saya suka tugasan ini!” boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!

4. “Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!”. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.

5. “Saya memang layak untuk ini!”. Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya!

Apakah lima lagi tip untuk meningkatkan motivasi diri? Mungkin anda boleh kongsikan di sini, dan dalam masa yang sama, saya akan menyambung topik ini dalam episod yang kedua. Tunggu…

BAHASA ARAB.......SUSAH KE?


Setiap kali bermula semester saya akan berhadapan dengan pelajar yang berwajah sugul ketika masuk ke dalam kelas. Apabila ditanya mereka memberitahu mereka tidak minat bahasa Arab. Berdasarkan soal selidik saya mendapati antara sebab mereka tidak minat bahasa Arab:
1- Pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah yang mereka rasakan terlalu sukar.
2- Cara pengajaran guru di sekolah yang tidak efektif serta menggunakan cara tradisional.
3- Merasakan kursus yang mereka ambil tidak ada kena mengena dengan bahasa Arab. Contohnya mengambil kursus bahasa Inggeris tetapi perlu belajar bahasa Arab atau mengambil kursus kejuruteraan tetapi perlu belajar bahasa Arab.
4- Memilih universiti lain(yang tidak ada bahasa Arab sebagai subjek wajib) tetapi mendapat tawaran di universiti yang mewajibkan mereka belajar bahasa Arab.
5- Gagal di dalam subjek bahasa Arab ketika PMR dan SPM.

Apa yang mereka rasakan adalah berdasarkan pengalaman 'ngeri' mereka yang lalu. Sebagai pelajar yang cemerlang, seseorang itu akan berhadapan dengan apa jua masalah dan bukan dengan cuba untuk 'escape' dari masalah tersebut. Oleh itu saya mencadangkan kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah di atas supaya:
1- Perbetulkan mind setting. Sentiasa lafazkan bahasa Arab itu senang dan insyaallah ia akan menjadi senang."You are what you are thinking."
2-Menjadikan bahasa Arab sebagai salah satu cara untuk memahami Al-Quran dan As-sunnah
3- Memperbetulkan tanggapan bahawa bahasa Arab hanya boleh dipelajari dengan menggunakan kaedah tradisional. Sebenarnya terdapat banyak laman web dan courseware yang boleh anda gunakan untuk mempelajari bahasa Arab.
4- Memperbetulkan tanggapan bahawa bahasa Arab tidak ada faedahnya. Anda akan menjadi graduan yang berbeza dengan graduan-graduan dari universiti lain kerana anda mempunyai bahasa Arab. Sebagai contohnya graduan di dalam bidang kejuruteraan akan lebih 'laku' di pasaran kerja apabila mereka mempunyai keupayaan untuk bertutur di dalam bahasa Arab. Saya mempunyai ramai kawan di dalam bidang kejuruteraan yang bekerja di Timur Tengah dengan gaji lima angka dan rakan-rakan di dalam bidang bahasa Inggeris yang berkemampuan mengajar bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Apakah kelebihan mereka?BAHASA ARAB.

Sebagai kesimpulannya, bahasa Arab adalah bahasa yang mudah dipelajari. Hanya diri anda yang boleh menjadikan sesuatu itu mudah.Semoga sukses!